The Kiz's Garden punya cerita ;)

Wednesday, May 22, 2013

Damai II

Adik dengan akak aku kata pendek sangat cerita yang first tu, nak taip panjang²  sebak pun jadi panjang la kan ;') Takpe aku sambung lagi. Dapat luah, lega!


*refresh untuk ulang tayang*


Senyum
Serius aku rindu dengan senyuman abah. Boleh kata setiap hari aku terbayang abah tengah tersenyum dekat aku, secara tak sengaja aku akan balas senyuman tu... Aku harap abah sedang tersenyum dengan doa kami dekat sini sebagai tanda ingatan dan rindu kami untuk abah dekat sana.

Abah rajin rewang kalau rumah jiran satu blok kawasan Felda tempat aku ni buat kerja kahwin. Kalau anak-anak dia tak pergi, dia akan ajak pergi rewang sekali dengan dia, "pergilah, kalau rumah kita buat kerja kahwin nanti kan nak mintak tolong orang jugak kan.." lebih kurang macam tu lah ayat abah yang aku ingat.

Kalau tengah rewang tu asyik orang² tua je nyanyi lagu 60-an lagi dan lagi, abah selalu mintak aku nyanyikan lagu yang baru sikit sambil tersenyum. Rewang sikit apa yang patut aku terus pilih lagu , abah ok je dengan lagu pilihan aku ;D Serius rindu dengan senyuman tu! Rindu tahap beku!


Gurau
Sekali pandang ramai yang kata abah aku jenis garang. Dia suka tegur sekali sekala tapi teguran tu jenis makan dalam, sekali dengar terus hadam ;D Nampak garang tapi sebenarnya tak, suka gurau lagi adalah.

Masa aku kecik² dulu lepas solat isya' biasanya lepak ramai² depan TV. Abah suka gesel-geselkan janggut yang dia baru cukur dekat muka aku, aku pun cuba mengelak sebab geli hihi

ريندو
Sarapan
Masa aku sekolah rendah, setiap hari sabtu dan ahad abah selalu ajak aku ikut dia sarapan dekat warung. Roti canai sekeping, teh tarik segelas, kenangan manis yang sentiasa segar dan jelas. Sekarang, setiap kali lalu depan warung tu, secara automatik rindu aku pada abah akan bertambah ;')


Memahami
Masa aku terlibat dalam kemalangan setahun lepas, abah langsung tak marah aku walhal dia tahu anak dia yang salah, konon nak kejar masa, hujung² aku yang dapat hadiah patah itu, luka ini. Abah sikit pun tak marah, serius masa tu aku sebak. Abah sangat faham situasi anak dia ni.

Masa family aku tunggu doktor pasang besi 'arch bar' dekat mulut, aku nampak mata mak dengan akak aku je yang berair tapi aku tahu hati abah aku juga tak kurang risaunya.. Dan sekarang aku tahu soalan yang paling patut dihindari bila kawan² kauorang terlibat kemalangan adalah "siapa yang salah?" sebaliknya "syukur umur kau masih panjang" etc.



*Berbulan-bulan dalam draft baru hari ni aku dapat publish..  Lepas ni aku nak sambung sikit cerita masa jaga abah dekat hospital. Al-fatihah

Bersambung...

Thursday, April 18, 2013

Damai

*refresh untuk ulang tayang*



Bersungguh-sungguh aku gerakkan tetikus untuk dapatkan hasil 'secantik' ini hehe. Seronok pulak main benda ni. Dapat tau pun dari blog unik Dani. Tengok orang hebat melukis aku pun sibuk nak cuba ;D

Bukit / gunung -  Sangat teringin nak daki bukit / gunung, tapi setakat ni belum jumpa geng yang betul² nak buat aktiviti lasak tapi cool ni. Ada kawan kata kaki kau pernah injured, mesti susah.. Ala kita daki gunung, bukan lari atas gunung hehe. Tak dapat daki gunung, daki dinding pun dah cukup menerujakan aku.


Buaian - Pernah ada kenangan basah masa sekolah tadika dulu. Sebelum masuk kelas masing² mesti sibuk main² dekat luar. Punyalah teruja main buaian, entah macam mana aku boleh terjelopok atas lopak air hujan warna 'teh tarik' dekat bawah buaian tu. Indah bukan?


Basikal - Sejak zaman bebudak lagi aku memang aktif berbasikal. Tak ingat tahun bila arwah Abah belikan basikal BMX, basikal feveret budak lelaki zaman tu. Berbasikal tak kira panas, tak kira hujan, hasilnya kulit hitam berkilat, padayappa ;D

Saturday, April 6, 2013

Apa jadi sekiranya haiwan obesiti? (gambar)

Pernahkah kauorang bayangkan apa yang terjadi sekiranya haiwan liar di luar sana tak dapat mengawal tabiat pemakanan sehingga mengalami obesiti melampau lalu mengubah fizikal menjadi boolat?


Animals


Jika sebelum mereka berubah bentuk, manusia mungking gerun melihat kelibat haiwan-haiwan liar ini. Tapi aku rasa dengan bentuk tubuh  baru yang lebih comel ni, akan terdetik dalam hati manusia untuk menjadikannya haiwan peliharaan. Tiada lagi kerakusan dan keganasan, yang tinggal hanyalah kecomelan dan kebahagiaan ;D
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails